Rabu, 4 September 2013

Aksi Isteri Elak Seks hambar

Kebosanan seks juga boleh menyebabkan konflik dalam rumahtangga. Ia selalunya menjadi masalah yang tidak diluahkan oleh suami isteri namun perasaan yang dipendam ini mungkin menimbulkan bahana dalam perkahwinan. Agar kebosanan tidak menjadikan kehidupan seks anda hambar mulakan mewarnainya dengan aktiviti berikut :

1. Mandi Bersama
Langkah pertama boleh dimulakan malam ini dengan mengajak pasangan mandi bersama. Pasti sukar untuk pasangan menolaknya. ketika bersama di bilik mandi, bergilirlah membersihkan pasangan dan juga membelai tubuhnya. Setelah selesai mandi, lanjutkan acara ke tempat tidur. Seks selepas mandi lebih menyegarkan selain itu ia akan memudahkan anda tidur. Jadi apa lagi, terus cuba malam ini.

2. Desahan dan Rintihan
Mahu pasangan terasa hebat bila berasmara? Caranya tunjukkan ekpresi anda ketika bersama dengannya. Keluarkan suara desahan dan rintihan yg lembut terutama ketika mencapai orgasma. Rintihan dan suara desahan ini sebenarnya cukup bererti buat pasangan. Suami akan berasa dirinya hebat. Selain itu juga akan membuatkannya lebih bersemangat untuk meneruskan aksi pada malam-malam berikutnya

3. Aksi Menggoda
Usah malu kerana anda melakukannya demi pasangan anda. Meskipun tak pernah anda lakukan namun kata-kata menggoda yang nakal ini boleh menimbulkan sesuatu yang baru dalam hubungan  seks sekali gus melenyapkan perasaan bosan. Tayangkan sedikit bahagian tubuh yang menggiurkan kepada suami. Pasti anda takkan dilepaskan.

4. Jangan Malu
Hubungan Seks bersama pasangan takkan puas sekiranya anda sendiri tidak jujur pada pasangan dan juga diri sendiri. Jangan malu dengan kekurangan yang ada pada tubuh sendiri termasuklah tentang hal selulit di paha.  Selain itu jujurlah dengan pasangan sekiranya anda tidak senang dengan aksi yang dilakukan. Jika tidak selesa dengan apa yang dilakukan terus terang saja, pasangan pasti akan memahami.

5. Buka Baju
Aksi asmara sudah tentu akan tampil lebih seksi. Pakaian yang lembut dan polos sudah tentu akan mengundang nafsu pasangan. Penampilan seksi ini akan membuatkan pasangan lebih bersemangat dan ghairah untuk beraksi terutaama sekiranya anda menayangkan bahagian tubuh yang berlekuk di depan matanya.

6. Seks Kilat
Seks kilat biasanya memang disukai oleh gologan lelaki kerana kaum ini memang cepat "hangat" dalam soal seks. Sesekali praktikan seks kilat sebelum pergi ke pejabat mahupun selepas makan tengah hari. Sebenarnya seks kilat bukan hanya memberi kepuasan pada pasangan tapi juga membantu menghilangkan kepenatan. Tubuh akan segar dan sedia untuk meneruskan aktiviti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan