Kentut vagina?? Ape tu? Nk tau apa itu KENTUT VAGINA? Jom bc info ni..especially for ladiessss
Vaginal Flatulence atau lebih dikenali kentut vagina ataupun faraj terkentut merupakan sebuah keadaan dimana alat kemaluan sulit wanita mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Ianya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj ataupun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.
Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.
Lebih memburukkan keadaan apabila wanita berkenaan mengangkat hadas iaitu membasuh bahagian kemaluan mereka. Air yang terperangkap di celah kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat, yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut. Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.
Antara Faktor dan Penyebab kepada wanita ialah
-wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak,
-wanita mengalami masalah jatuh peranakan dan juga tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas)
DARI SUDUT ISLAM
Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan
1)berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas,
2)mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil,
3) melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj).
Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari faraj. Wanita berkenaan disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj.
Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah BATAL wuduknya berdasarkan dalil berikut,
عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً
‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.
Berdasarkan hadis di atas, secara jelas Rasulullah memberitahu bahawa keluar angin boleh membatalkan solat. Oleh sebab itu, wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;
1. Berdehem selepas membuang air kecil.
2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.
3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.
4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.
Sikap berhati-hati dalam menunaikan ibadah solat amat penting agar solat sah dan diterima Allah.
utk penyelesaian mslh kentut vagina, disarankan menggunakan mv & ig...
PUAN AINI 012-5537568
JAMU SUSUK DARA ALOR SETAR
Twitter @jsdalorsetar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan