Apa yang anda perlu tahu tentang FIBROID ?
```````````````````````````````````````````````````````````
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari
tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh
memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti,
menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak,
sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan
sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji
bola tapi ia bukan sejenis kanser.
Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita
ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid
yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang
pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil,
beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.
Bagaimana wanita boleh menghidapinya ?
``````````````````````````````````````````````````````
Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada
25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat
pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun,
kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan
pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan
pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan
takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga
akan susut secara sendirinya.
Apakah simptom yang dihadapi wanita ?
````````````````````````````````````````````````````
Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai
fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi
sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang
saluran, pesakit akan mengalami :
-Sakit semasa haid (senggugut)
-Sakit belakang
-Haid yang banyak
-Sembelit
-Kencing kerap
-Keguguran yang kerap
-Sukar mengandung
Share untuk pengetahuan semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan